📢 Join our 2026 Enrolment Open Day Now! 👉 Click Here to Learn More 👈
Kelas Perkasa Membaca 2025


Ongoing Programme


Pengukuhan Yang Anak Anda Perlukan Untuk Maju Dari Asas Ke Tahap Seterusnya


Hampir 25% Kanak-kanak Memasuki Tahun 1 Tanpa Asas Pembelajaran Yang Cukup
Dengan sokongan awal, anak boleh memulakan persekolahan dengan lebih yakin besertakan kemahiran asas literasi.
Boleh Baca Sikit-sikit, Tapi Cepat Keliru Bila Perkataan Lebih Panjang
Ramai anak boleh sebut huruf dan baca perkataan mudah, tapi bila masuk perkataan lebih panjang atau cuba baca ayat penuh, mereka cepat keliru. Dengan bimbingan yang betul, anak boleh lebih cepat faham, jadi lebih lancar, dan yakin nak membaca.
Anak Kurang Keyakinan Diri Dalam Kemahiran Membaca
Bila keyakinan rendah, mereka jadi kurang semangat untuk mencuba walaupun sebenarnya boleh. Dalam suasana pembelajaran yang sesuai, anak boleh lebih selesa berlatih dan berani tunjukkan kebolehan.


Kenapa Anak Anda Patut Sertai Program Ini?

Tingkatkan kelancaran bacaan anak anda dengan Kelas Perkasa Membaca
Daripada mengeja, kepada lancar membaca!
Bayangkan anak melangkah ke Tahun 1 dengan asas membaca yang kukuh dan penuh keyakinan. Kelas Perkasa Membaca bantu mewujudkan saat itu dengan cara mudah, seronok & berkesan.
Dengan fokus kepada kumpulan kecil mengikut umur dan tahap anak, suasana pembelajaran akan lebih selesa dan lancar untuk anak memahami.


Butiran Program


Testimonial Dari Ibu Bapa
“Saya sangat berpuas hati dengan sekolah mumtaz sebab apa yang cikgu terangkan anak saya mudah faham, boleh ikut apa yang cikgu ajar dan boleh juga mengaji.”
- Mastura Alwi, ibu pelajar.
“Mumtaz always the first choice. Anak saya dapat develop pembelajaran yang diajar dengan cepat & cepat menghafal.”
- Intan Syafiqah, ibu pelajar.
“Sejak masuk ke sekolah, anak saya lebih pandai berdikari, berkomunikasi dan bersosial dengan kawan-kawan dan orang dewasa. Cikgu-cikgu dan staf juga banyak membantu memudahkan urusan di sekolah.”
- Adib 'Afifi Abdul Rahim, bapa pelajar.
“MG provides great & encouraging learning environment towards our child. Teachers are very supporting, kind & really get to know our child most suitable study approach”.
- Izzah Syazwani, ibu pelajar.
“I’m very happy with the school. My daughter has improved a lot, especially in English, Math, and Doa. The teachers are caring and dedicated. It’s a great environment for learning and growing.”
- Noor Zuhaira Abd Aziz, ibu pelajar.
Tempat Terhad & Cepat Penuh
Jangan Tunggu Lagi Untuk Anak Anda!
Setelah pembayaran, anda akan menerima link WhatsApp untuk memilih slot pilihan.
Soalan Lazim
1. Anak saya dah boleh baca sikit, tapi belum lancar. Masih sesuai ke?
Sesuai sangat! Program ini juga untuk anak yang sudah ada asas tapi memerlukan bimbingan tambahan untuk lebih yakin dan lancar.
2. Kalau anak saya tak dapat hadir, ada kelas ganti tak?
Tiada kelas ganti. Tapi jangan risau, anda boleh pilih slot lain untuk minggu seterusnya yang lebih mengikut jadual keluarga anda (mengikut kekosongan sedia ada).
3. Kenapa perlu daftar awal, tak boleh walk-in?
Tempat adalah terhad, hanya 5 murid untuk satu kelas mengikut kumpulan umur. Pendaftaran awal memastikan anak anda dapat slot yang sesuai.
4. Anak saya perlu bawa buku ke?
Tidak perlu. Pihak sekolah akan sediakan bahan bacaan.
5. Makanan disediakan tak?
Tiada makanan disediakan, ibubapa perlu pastikan anak sudah bersarapan dan bertenaga untuk ke kelas.
6. Macam mana etika berpakaian?
Berpakaian kemas dan sopan.
7. Bagaimana proses pendaftaran?
Klik sahaja Daftar & Bayar, buat pembayaran online, dan anda akan terima link WhatsApp untuk pemilihan slot. Jikalau slot yang dinginkan sudah tiada, anda boleh bertanya lebih lanjut berkenaan bayaran balik bersama pihak kami.
8. Bagaimana proses pembayaran?
Bayaran perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kelas untuk sahkan tempat. Yuran hanya RM15 seorang untuk satu slot (harga promosi tajaan Mumtaz Generation, asal RM59).
Let's Connect!
About Us
mumtazgeneration@gmail.com
+6019-571-6220
© 2025 Mumtaz Generation
Our Programmes
Melaka, Malaysia


Sign Up To Get Parenting Tips & Event Updates

